PEMBANTU EHWAL EKONOMI

GredE19
JawatanPEMBANTU EHWAL EKONOMI
Taraf JawatanTetap/Kontrak
Jumlah Kekosongan30
Bandar
Negeri
Tarikh Mula10-03-2018
Keterangan
TindakanMohon


Gred: E19

GredE19
Kumpulan PerkhidmatanPelaksana
Skim PerkhidmatanPerkhidmatan Ekonomi
Tangga Gaji

   MINIMUM       MAKSIMUM       KENAIKAN GAJI TAHUNAN

RM 1,353.00     RM 4,005.00               RM 100.00

Syarat Lantikan

SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU EHWAL EKONOMI

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : EKONOMI

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA

GRED JAWATAN/GAJI : E19

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred              E19: RM1,353.00); atau

    (ii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred E19:                  RM1,353.00); atau

   (iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap          2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred E19:                      RM1,409.40); atau

   (iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap          3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred E19:                      RM1,465.80).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

PENETAPAN GAJI PERMULAAN

3. Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum Gred E19 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

Page generated in 0.0258 seconds.