PEGAWAI EHWAL EKONOMI

GredE41
JawatanPEGAWAI EHWAL EKONOMI
Taraf JawatanTetap/Kontrak
Jumlah Kekosongan12
Bandar
Negeri
Tarikh Mula10-03-2018
Keterangan
TindakanMohon


Gred: E41

GredE41
Kumpulan PerkhidmatanPengurusan dan Profesional
Skim PerkhidmatanPerkhidmatan Ekonomi
Tangga Gaji

  MINIMUM          MAKSIMUM          KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM 2,083.00       RM 9,549.00                  RM 225.00

 

Syarat Lantikan

SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI EHWAL EKONOMI

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : EKONOMI

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

GRED JAWATAN/GAJI : E41

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau            kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,083.00); atau

    (ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi                    tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,286.57); atau

   (iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan           yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,490.99); atau

  (iv) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan             yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,797.62); atau

  (v) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred E41:                        RM2,797.62); atau

 (vi) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli         Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,899.83);           atau 

(vii) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM3,002.03).

     [Senarai badan ikhtisas perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan di perenggan 1(c)(v) dan 1(c)(vi) adalah seperti di Lampiran        B3A].

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); dan

(b) had umur pelantikan:

    (i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

   (ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

  (iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

PENETAPAN GAJI PERMULAAN

4. Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum Gred E41 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

 

Page generated in 0.0289 seconds.